Transport for London London_Underground

Transport for London (TfL) ditubuhkan pada tahun 2000 sebagai suatu badan bersepadu yang bertanggungjawab atas sistem pengangkutan di London menggantikan London Regional Transport. Pada bulan Julai 2003, TfL mengambil alih London Underground Limited.[29]

TfL juga merupakan sebahagian daripada Pihak Berkuasa Greater London (Greater London Authority, GLA) dan juga ditubuhkan sebagai perbadanan berkanun yang terkawal bawah undang-undang kewangan kerajaan tempatan.[30] Terdapat tiga buah anak syarikat yang berada bawah TfL iaitu London Transport Insurance (Guernsey) Ltd., the TfL Pension Fund Trustee Co. Ltd. dan Transport Trading Ltd (TTL). TTL sendiri sahaja juga mempunyai enam buah anak syarikat milikan penuh dengan salah satunya merupakan London Underground Limited.

Ahli Lembaga TfL dilantik oleh Datuk Bandar London yang juga menetapkan struktur dan taraf tambang pengangkutan awam di London. Walau bagaimanapun, pengelolaan harian perbadanan ini dipertanggungjawabkan kepada Suruhanjaya Transport for London yang dikepalai oleh Peter Hendy pada masa ini.[31]

Datuk Bandar juga bertanggungjawab dalam membentuk strategi pengangkutan London yang bersepadu serta membuat rundingan dengan GLA, TfL, majlis tempatan dan pihak-pihak lain mengenai strategi tersebut. Tanggungjawabnya juga merangkumi dalam menggubal belanjawan TfL. Rundingan dibuat dengan GLA mengenai strategi pengangkutan dan kemudiannya membuat pemeriksaan dan akhirnya meluluskan belanjawan Datuk Bandar. GLA dapat memanggil Datuk Bandar dan staf atasan dalam memberi penjelasan tentang penilaian prestasi TfL.London TravelWatch yang merupakan suatu badan yang dilantik oleh Himpunan dan membekalkan laporan kepadanya diberi tugas untuk melayan sebarang aduan mengenai pengangkutan di London.[32]

Rujukan

WikiPedia: London_Underground //www.amazon.com/dp/B0006C7PD2 http://static.scribd.com/docs/6wfl4g62vle8w.swf?IN... http://www.timeout.com/london/features/2816.html http://news.bbc.co.uk/1/hi/england/london/8620188.... http://www.nationalrail.co.uk/tocs_maps/tocs/LT.as... http://www.railwaysarchive.co.uk/documents/DoT_KX1... http://www.telegraph.co.uk/travel/destinations/eur... http://www.watfordobserver.co.uk/news/1855280.numb... http://legacy.london.gov.uk/assembly/reports/trans... http://www.london.gov.uk/sites/default/files/10-11...